Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.
Share |

Sukar untuk Tidur Malam

Tidur adalah normal. sesuatu yang biasa. ia adalah satu tempoh untuk kita merehatkan badan dan memulihkan minda. lebih kurang 10% hingga 20% populasi mengalami insomnia. kebanyakan manusia dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam untuk tidur setiap malam. keperluan ini berbeza daripada individu kepada individu yang lain. ada yang mampu berfungsi dengan baik hanya 4 jam tidur. kanak -kanak memerlukan tidur yang lebih dari orang tua,
Apa yang berlaku jika tidak tidur, ingatlah belum ada manusia yang mati kerana tidak tidur. tidak dapat tidur sekali sekala menjejaskan sangat kesihatan fizikal dan mental.
jika kita tidak tidur beberapa malam, kita akan merasa sukar nak buat keputusan dan mood akan terjejas, ini mendatangkan bahaya kepada kita jika bekerja dengan mesin-mesin yang berat.

Masalah tidur dalam kehidupan orang dewasa
kekurang tidur adalah masalah kecil tanpa perlu berjumpa Doktor.

Amalan tidur sihat
Untuk yang sukar untuk tidur
Biasakan masuk tidur pada masa yang sama dan bangun pada masa yang sama. Pastikan tempat tidur dan biliknya selesa tidak panas dan tidak terlalu bising. sebelum tidur lakukan senanam ringan.
Relaks sebelum tidur misalnya membaca atau mendengar musik ringan, jika ada sesuatu yang tidak boleh diselesaikan cuba tuliskannya sebelum masuk tidur dan beritahu diri anda ia akan di selesaikan esok.
Bangun buat sesuatu yang boleh memberikan ketenangan seperti membaca , menonton TV atau mendengar musik, jika tidak tidur semalaman jangan cuba tidur pada keesokan hari nya. ia akan menyukarkan anda tidur pada waktu malam berikutnya. jika anda terlalu letih masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya

Amalan tidur kurang sihat
Hindarkan
Minum teh, kopi dan air cola.
Alkohol dengan banyak
Makan minum banyak larut malam
selalu guna pil tidur

No comments:

Post a Comment