Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.
Share |

BN tekan kita , kita tekan BN

17.3 juta saman trafik disenarai hitam-Utusan Malaysia Online

Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai hari ini.Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir semalam.Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jumlah itu adalah baki daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan sejak 2001 sehingga semalam.Menurutnya, daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun itu, sebanyak 31.9 juta saman dibayar oleh pengguna kenderaan sehingga semalam."Pengguna kenderaan yang belum menjelaskan saman tertunggak bagi semua kesalahan, mereka akan disenarai hitam bermula hari ini."Pengguna yang enggan membayar saman tertunggak selepas tarikh semalam perlu bersedia menerima implikasi jika disenarai hitam."Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.Semalam merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh kerajaan kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggak mereka masing-masing sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.Menurut Abdul Aziz, sepanjang tempoh pembayaran saman yang diumumkan kerajaan sejak Ogos lalu, sebanyak 5.5 juta saman dijelaskan oleh pengguna kenderaan.Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah 1.5 juta saman diselesaikan pada minggu terakhir tempoh tersebut iaitu sepanjang minggu lalu mulai 21 Februari sehingga tengah malam tadi.Beliau memberitahu, pihaknya membuat anggaran sebanyak 187,417 saman dijelaskan sehari dalam seminggu sebelum tempoh itu tamat."Jumlah ini menunjukkan peningkatan enam kali ganda daripada hari pembayaran biasa."Semalam sahaja, sebanyak 375,248 saman berjaya dijelaskan sehingga pukul 12 tengah malam berikutan tarikh terakhir pembayaran sebelum tempoh menyenarai hitam dilaksanakan."Situasi ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang gemar menyelesaikan saman mereka pada saat-saat akhir," katanya.Ditanya mengenai pesalah trafik yang disenarai hitam, Abdul Aziz berkata, mereka akan menghadapi kesukaran antaranya untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.Beliau juga berkata, berkuat kuasa hari ini, orang awam yang dikenakan saman baru akan disenarai hitam jika gagal membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan."Ia akan berlaku secara automatik dalam sistem jadi bila disenarai hitam, seseorang itu tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka," katanya.-UtusanKerajaan BN tekanlah rakyat selagi boleh tekan.Apakah kerajaan tidak ada wang untuk dibelanjakan hingga sanggup menekan rakyat yang sengsara dengan kenaikan harga barang supaya lekas-lekas bayar saman?Undang-undang mana yang membolehkan kerajaan senarai hitamkan saman yang tak dibayar untuk perbaharui lesen memandu dan cukai jalan?
Kalau BN boleh menekan kita susahkan hidup rakyat , rakyat juga ada kuasa untuk tekan BN dalam pru akan datang.Biar kita sama-sama tekan.Siapa yang akan terpelanting hilang kuasa jika rakyat menekan BN supaya tumbang dalam pru 13 akan datang.
Mubarak yang menang besar dalam pilihanraya di Mesir akhirnya tumbang dengan kebangkitan rakyat di jalanraya.Mubarak tekan rakyat Mesir, buat zalim kepada rakyatnya, rakyatnya bangun tekan Mubarak akhirnya siapa yang menang?

No comments:

Post a Comment