Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.
Share |

Azhar, Terry simpan impian lagu duet tembusi pasaran kedua-dua negara

pix_gal0



KEDUA-DUANYA masih baru dalam industri hiburan, namun Juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2010, Mohd Azhar Osman, dan penyanyi kelahiran Indonesia, Terryana Fatiah atau Terry mempunyai impian besar dalam karier yang diceburi.

Bukan populariti sebagai sandaran tetapi mengharapkan industri hiburan dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk mengembangkan bakat nyanyian yang dimiliki.
Mengakui sukar menembusi industri seni, apatah untuk meletakkan nama mereka sebaris dengan penyanyi terkenal, namun dengan bakat dan kebolehan yang ada, mereka tetap berharap dapat menarik perhatian peminat.
Badan kecil, bakat besar

MESKIPUN ramai bakat muda kini lahir daripada program TV realiti, Azhar tidak pernah menjadikan hakikat itu sebagai penghalang untuknya sama-sama bertapak dalam bidang nyanyian.

Persaingan dalam industri hiburan sememangnya sengit, namun ia tidak semestinya menjadi batu penghalang buat jejaka berusia 23 tahun ini untuk meneruskan usahanya menonjolkan bakat yang dicungkil daripada pertandingan nyanyian.

“Sama ada program realiti atau pertandingan nyanyian, ia sama saja kerana perkara paling penting ialah bakat. Orang ramai nak tengok penyanyi yang berbakat.
“Saya akui hari ini memang banyak program realiti nyanyian diadakan, tetapi tidak bermakna peserta pertandingan nyanyian lain tidak berbakat dan tidak boleh bertapak dalam industri ini,” katanya.

Azhar bersyukur kerana bakat yang dimilikinya itu dipandang oleh KRU Records. Memang dia akur masih baru dan mentah, tetapi kekuatan vokal yang dimilikinya mampu menarik penonton, bahkan kini sedang giat mencari genre muzik yang bersesuaian dengan suaranya.

Meletakkan sandaran kepada Edry Abdul Halim sebagai komposer, Azhar yakin lagu yang akan dihasilkan mengikut rentak terkini dan mampu menarik perhatian pendengar.

“Ramai yang tidak menyangka saya mempunyai vokal tinggi sebab fizikal saya kecil. Saya pula cukup bersyukur dengan anugerah yang diberikan Tuhan, serta ruang untuk saya terbabit dalam dunia muzik,” katanya.

Azhar kini masih melakukan rutin harian sebagai perunding pelaburan sebuah bank secara sambilan, selain menerima tawaran mengadakan persembahan di majlis korporat.

Meletakkan genre pop balada sebagai muzik pilihan bagi singlenya, Azhar turut menyimpan impian menyanyikan lagu berentak pop rock, yang dianggapnya sebagai antara muzik paling digemarinya.

“Saya suka pop balada, apatah lagi pasaran muzik kini lebih tertumpu kepada genre berkenaan. Tetapi kalau boleh saya nak cuba genre rock juga, kerana ia turut menjadi kesukaan saya sebenarnya," katanya.

Duet bersama Terry

KELUNAKAN dan kemerduan suara Azhar bukan saja menarik perhatian komposer tempatan, bahkan turut mencuri perhatian pihak Sony Music Indonesia untuk merakamkan single duet bersama Terry.

“Perkara ini masih pada peringkat perbincangan dan wakil Sony Music Indonesia sudah melihat sendiri persembahan saya bersama Terry di sebuah majlis, baru-baru ini,” kata Azhar.

Baginya, single duet itu akan menjadi titik permulaan baginya untuk memasuki sama pasaran Indonesia. Ketika yang sama dia cukup sedar, amat sukar bagi penyanyi dari negara ini untuk menembusi pasaran negara jiran. Lebih-lebih lagi persaingan di negara itu sendiri cukup kuat. Namun dia akan berusaha supaya impiannya untuk melangkah ke sana tidak terhenti separuh jalan.

Kata-katanya itu diakui sendiri oleh Terry yang sudah lima tahun terbabit dalam industri hiburan di Indonesia.

“Memang sukar sebenarnya untuk muncul bersama album di sana. Saya sendiri sudah empat tahun tidak tampil bersama album baru, dan hanya baru kini dapat mengeluarkan album kedua.

“Azhar mempunyai vokal menarik dan sukar untuk mempercayai lelaki bertubuh kecil ini mempunyai vokal yang begitu tinggi,” katanya yang pernah menyanyikan semula lagi Janji Manismu, dendangan asal Aishah.

Melihat persembahan Azhar membuatkan Terry tidak teragak-agak menerima tawaran berduet bersamanya, walaupun mereka berdua baru saja berkenalan.

Baginya, Azhar mempunyai vokal yang unik dan mampu pergi lebih jauh lagi dalam bidang seni, jika disertakan usaha berterusan.

“Genre balada lebih sesuai dengannya dan jika dia kerap ke Indonesia untuk mempromosikan singlenya nanti, tidak mustahil peminat di sana akan meminatinya,” jelas gadis berusia 27 ini yang turut mencari tapak dalam pasaran muzik

No comments:

Post a Comment